+6-013-707-2100

Sabah Forestry Department

We Aim To Be The Best


Kayu Gaharu adalah temasuk dalam senarai tumbuhan yang dikawal di bawah Convention of International Trade of Endangered Species of Flora anda Fauna (CITES) dan di Malaysia ianya dikawal di bawah Akta CITES (Akta 686). Di dalam Enakmen Hutan ianya juga tergolong sebagai hasil hutan (forest produce) dan tertakluk dengan pengawalan Jabatan Perhutanan Sabah.

Pengambilan sebarang Gaharu dari kawasan Hutan Simpan adalah dilarang, kecuali dari kawasan Tanah Milik dan Tanah Kerajaan yang dilesenkan.

Selaras dengan pindaan definisi "Forest Produce" Enakmen Hutan 1968, kesemua pengeluaran hutan termasuk kayu tanaman dari Tanah Milik (Tanah Persendirian) termasuk kayu Gaharu Yang Ditanam adalah tertakluk dengan pemeriksaan Jabatan Perhutanan Sabah terlebih dahulu sebelu dikeluarkan sama ada untuk dieksport mahupun dijual di pasaran tempatan.

Sehubungan itu, garis panduan seperti berikut hendaklah dipatuhi dalam menjalankan aktiviti atau perniagaan berkaitan kayu Gaharu di Sabah:

1. Kayu Gaharu Hutan Asli - Tumbuhan Semulajadi (Tanah Milik)

(i) Untuk pasaran eksport termasuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia:

  • Pemohon memohon Lesen Form IIB bagi setiap pengeluaran/"consignment" dengan mengemukakan permohonan kepada Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan di mana letaknya ladang kayu Gaharu selaras dengan keperluan Enakmen Hutan 1968 dan Forest Rules 1969.
  • Bayaran pengeluaran Lesen Form IIB akan dikenakan mengikut keluasan tanah (di bawah 50 HA, RM100/setiap pengeluaran dan di atas 150 HA, RM700/setiap pengeluaran).
  • Salinan geran tanah di mana letaknya ladang kayu Gaharu disertakan
  • Pemeriksaan lapangan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan taksiran royalti eksport akan di buat.
  • Pas Memindah hendaklah dipohon untk dikeluarkan dengan bayaran RM5/satu perjalanan selepas pembayaran royalti dan sebelum dipindahkan.
  • Perlu memohon dan mendapatkan lesen eksport dari Jabatan Perhutanan Sabah dengan kadar yuran tahunan sebanyak RM2,500 setahun. Kesemua eksport perlu diisytiharkan melalui Jabatan Perhutanan Sabah (pejabat Perhutanan Daerah dimana pengeksportan akan dilaksanakan).
  • Selaras dengan Akta CITES, pengeksport perlu mendapatkan lesen eksport CITES bagi konsignmen berkenaan dari pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) selaku "Management Authority" CITES di Sabah.

(ii) Untuk pasaran tempatan:

  • Pemohon memohon Lesen Form IIB bagi setiap pengeluaran dengan mengemukakan permohonan kepada Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan di mana letaknya ladang kayu Gaharu selaras dengan keperluan Enakmen Hutan 1968 dan Forest Rules 1969.
  • Bayaran pengeluaran Lesen Form IIB akan dikenakan mengikut keluasan tanah (di bawah 50 HA, RM100/setiap pengeluaran, 51 HA - 150 HA, RM300/setiap pengeluaran dan di atas 150 HA, RM700/setiap pengeluaran).
  • Salinan geran tanah di mana letaknya ladang kayu Gaharu disertakan.
  • Pemeriksaan lapangan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan taksiran royalti akan dibuat.
  • Selepas pemeriksaan, Pas Memindah ke tempat yang dituju perlu dipohon dari Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan. Bayaran dikenakan ialah RM5/satu perjalanan.
  • Jik diproses di kilang tempatan, hendaklah dipastikan kilang tersebut (kilang serpai atau penyulingan) adalah kilang yang berlesen dengan Jabatan Perhutanan Sabah.


2. Kayu Gaharu Yang Ditanam (Tanah Milik)


(i) Untuk pasaran eksport termasuk ke Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia:

  • Pengusaha ladang memohon Lesen Form IIB bagi setiap pengeluaran/"consignment" dengan mengemukakan permohonan kepada Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan di mana letaknya ladang kayu Gaharu selaras dengan keperluan Enakmen Hutan 1968 dan Forest Rules 1969.
  • Pengusaha hendaklah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai penanam kayu Gaharu selaras dengan keperluan Akta CITES (selaku "Management Authority" CITES di Sabah).
  • Bayaran pengeluaran Lesen Form IIB akan dikenakan mengikut keluasan tanah (di bawah 50 HA, RM100/setiap pengeluaran, 51 HA - 150 HA, RM300/setiap pengeluaran dan di atas 150 HA, RM700/setiap pengeluaran).
  • Salinan geran tanah di mana letaknya ladang kayu Gaharu disertakan.
  • Pemeriksaan lapangan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan taksiran royalti eksport akan dibuat.
  • Pas Memindah hendaklah dipohon untuk dikeluarkan dengan bayaran RM5/satu perjalanan selepas pembayaran royalti dan sebelum dipindahkan.
  • Perlu memohon dan mendapatkan lesen eksport dari Jabatan Perhutan Sabah dengan kadar yuran tahunan sebanyak RM2,500 setahun. Kesemua eksport perlu diisytiharkan melalui Jabatan Perhutanan Sabah (pejabat Perhutanan Daerah di mana pengeksportan akan dilaksanakan).
  • Selaras dengan Akta CITES, pengeksport perlu mendapatkan lesen eksport CITES bagi konsignmen berkenaan dari pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) selaku "Management Authority" CITES di Sabah.
(ii) Untuk pasaran tempatan:
  • Pengusaha ladang kayu Gaharu memohon pemeriksaan lapangan kepada Pegawai Perhutanan Daerah bagi setiap "consignment" sebelum dipindahkan dari kawasan pengambilan (tanah milik).
  • Salinan geran tanah di mana letaknya ladang kayu Gaharu disertakan.
  • Pengusaha hendaklah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai penanam kayu Gaharu selaras dengan keperluan Akta CITES (selaku "Management Authority" CITES di Sabah).
  • Selepas pemeriksaan, Pas Memindah ke tempat yang dituju perlu dipohon dari Pegawai Perhutanan Daerah berkenaan. Bayaran dikenakan ialah RM5/satu perjalanan.
  • Jika diproses di kilang tempatan, hendaklah dipastikan kilang tersebut (kilang serpai atau penyulingan) adalah yang berlesen dengan Jabatan Perhutanan Sabah.
  • Tidak ada bayaran royalti dikenakan untuk kayu tanaman yang diproses ke kilang tempatan buat masa ini.